Monday, 18 August 2008

Sumpah

Secara zahirnya, pemilihan masa untuk membuat akuan lafaz sumpah ini di lakukan menjadi tanda-tanya dan sekali lagi rakyat menjeling ke arah puduk pimpinan UMNO. Spekulasi boleh di nafikan, tetapi dengan keadaan yang amat kritikal bagi kedua-dua pihak yang bertelagah di Permatang Pauh, susah untuk kita menerima dengan seadanya keadaan ini.

Kredibiliti penganut agama rasmi Malaysia di persoalkan. Sekiranya DSAI turut melafazkan sumpah menidakkan usul yang di tuduh kepadanya, terang-terang salah seorang dari mereka menipu. Salah seorang akan menempa tempat sebagai yang di laknat tuhan. Implikasinya besar. Keadaan sekarang ini seolah-olah DSAI tidak bersedia untuk bersumpah dan menidakkan sumpah yang di tuduh kepadanya. Saya rasa, DSAI banyak kerja lain yang lebih penting, cetek bagi kita untuk membuat kesimpulan sendiri.

Tapi, tak ada cara lain ka? Sodom menyodom pun nak membabitkan kitab suci dan nama tuhan? Bukan ke ada teknik poligrafi yang boleh digunakan. Ini mufti-mufti pun bertentang pendapat, kata isu islam itu sensitif?

Laporan kesihatan sudah ada. DNA repot ada. Kalau DSAI mahu di adapkan ke mahkamah, jangan lah tunggu sampai hari pilihanraya kecil. Sekiranya kes tidak wujud dan laporan kesihatan seperti tersiar di MalaysiaToday itu benar, tangkaplah yang memfitnah. Sekiranya laporan saintifik merujuk kepada DSAI sebagai tertuduh, jangan lah buang masa rakyat dan terus meletakkan senario politik Malaysia huru-hara dan menjatuhkan ekonomi kita yang sememangnya goyang kerana teras yang lemah.

No comments: